Terms & Conditions

Penganjur & Kelayakan

  1. Peraduan Yeo’s “Magik Teh & Kamu” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) (No. Syarikat: 195901000058 (3405-X)).
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Bagi peserta berumur di bawah 18 tahun, kebenaran daripada penjaga sah perlu diperoleh terlebih dahulu (“Peserta Layak”).
  3. Kumpulan berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan:
  • Pekerja Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan/atau syarikat berkaitan) serta ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan); dan/atau
  • Wakil, pekerja, kakitangan dan/atau ejen agensi pengiklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi bagi pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan/atau syarikat berkaitan), serta ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan).

Tempoh Peraduan

Peraduan bermula pada 15 September 2026 jam 12.00 pagi dan berakhir pada 31 Oktober 2026 jam 11.59 malam (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis awal. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, semua penyertaan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dan akan sentiasa berkuat kuasa sepenuhnya. Sebarang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Cara Penyertaan

Untuk menyertai, Peserta Layak mesti mematuhi setiap langkah berikut:

Langkah 1:

  • Beli mana-mana minuman Yeo’s Tea (antara White Peach Tea, Jasmine Green Tea, Passion Fruit Tea, Lemon Tea atau First Harvest Green Tea), dalam apa-apa saiz, dengan jumlah pembelian RM10 atau lebih dalam satu (1) Resit Rasmi semasa Tempoh Peraduan.

    (1 resit = 1 penyertaan)

Langkah 2:

  • Hantar penyertaan melalui WhatsApp ke +6011-2187 9576 dengan nama penuh, enam (6) digit pertama nombor kad pengenalan, gambar resit dan nombor resit.
  • Satu (1) resit yang sah hanya boleh digunakan untuk satu (1) penyertaan dan tidak boleh dihantar semula.
  • Resit Rasmi mestilah jelas memaparkan nama premis, tarikh pembelian, nombor resit, produk Yeo’s Tea yang dibeli, kuantiti dan harga. Tarikh pembelian mestilah dalam Tempoh Peraduan.
  • Gambar resit mestilah jelas dan boleh dibaca. Gambar yang kabur, terpotong, diubah suai, tidak lengkap atau tidak dapat disahkan boleh dibatalkan.
  • Peserta hendaklah menyimpan resit asal untuk tujuan pengesahan dan penebusan hadiah.
  • Pembelian yang dipecahkan kepada beberapa resit tidak boleh digabungkan untuk memenuhi nilai minimum RM10.
  • Tarikh pada Resit Rasmi dan tarikh penghantaran penyertaan melalui WhatsApp mestilah berada dalam minggu Peraduan yang sama untuk melayakkan penyertaan bagi cabutan Hadiah Mingguan minggu tersebut. Resit daripada minggu terdahulu tidak boleh dihantar pada minggu berikutnya untuk menyertai cabutan Hadiah Mingguan minggu semasa. Contohnya, resit bertarikh dalam Minggu Pertama (1) mesti dihantar dalam tempoh Minggu Pertama (1). Jika dihantar pada Minggu Kedua (2), penyertaan tersebut tidak layak untuk cabutan Hadiah Mingguan minggu semasa.
  • Peserta Layak akan menerima maklum balas/notifikasi daripada Penganjur melalui WhatsApp dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) hari bekerja bagi setiap penyertaan yang berjaya. Maklum balas tersebut tertakluk kepada semakan dan pengesahan maklumat serta Resit Rasmi yang dihantar.
  • Sila simpan Resit Rasmi asal untuk tujuan pengesahan.

Pemilihan Pemenang Hadiah Utama & Hadiah Kedua

Pada akhir Tempoh Peraduan, semua penyertaan yang berjaya akan dimasukkan ke dalam cabutan rawak berkomputer, tertakluk kepada pengesahan Penganjur.

Lapan (8) pemenang Hadiah Utama dan lapan (8) pemenang Hadiah Kedua akan dipilih. Pemenang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan/atau WhatsApp dan dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan betul untuk mengesahkan kelayakan. Jika gagal memenuhi keperluan pengesahan, Penganjur berhak membatalkan kelayakan dan memilih pemenang gantian.

Hadiah Utama

  1. Terdapat lapan (8) Hadiah Utama. Setiap pemenang Hadiah Utama akan menerima penginapan dua (2) hari satu (1) malam untuk satu (1) bilik standard di The Lakehouse, Cameron Highlands. Tempahan dan penginapan tertakluk kepada ketersediaan bilik, tarikh sekatan/blackout dates, polisi hotel dan apa-apa syarat tambahan yang dimaklumkan oleh Penganjur.
  2. Hadiah yang disediakan adalah untuk penginapan sahaja. Semua kos pengangkutan termasuk tiket penerbangan, perjalanan darat, pemindahan/transfers, makanan, perbelanjaan peribadi, caj tambahan hotel dan apa-apa kos lain berkaitan perjalanan atau penebusan hadiah tidak ditanggung oleh Penganjur dan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang, tanpa mengira lokasi pemenang di Malaysia.
  3. Sekiranya pemenang berada di Sabah, Sarawak termasuk Labuan, Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan hadiah penginapan di Cameron Highlands dengan penginapan di sana yang mempunyai nilai setara dengan hadiah asal, tertakluk kepada ketersediaan dan apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Penganjur.

Hadiah Kedua

  1. Terdapat lapan (8) Hadiah Kedua. Setiap pemenang Hadiah Kedua akan menerima penginapan dua (2) hari satu (1) malam untuk satu (1) bilik standard di Cameron Highlands Resort. Tempahan dan penginapan tertakluk kepada ketersediaan bilik, tarikh sekatan/blackout dates, polisi hotel dan apa-apa syarat tambahan yang dimaklumkan oleh Penganjur.
  2. Hadiah yang disediakan adalah untuk penginapan sahaja. Semua kos pengangkutan termasuk tiket penerbangan, perjalanan darat, pemindahan/transfers, makanan, perbelanjaan peribadi, caj tambahan hotel dan apa-apa kos lain berkaitan perjalanan atau penebusan hadiah tidak ditanggung oleh Penganjur dan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang, tanpa mengira lokasi pemenang di Malaysia.
  3. Sekiranya pemenang berada di (Sabah, Sarawak termasuk Labuan), Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan hadiah penginapan di Cameron Highlands dengan penginapan hotel di sana yang mempunyai nilai setara dengan hadiah asal, tertakluk kepada ketersediaan dan apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Penganjur.

Pemilihan Pemenang Hadiah Mingguan

  • Sepanjang Tempoh Peraduan, sejumlah lapan puluh (80) Hadiah Mingguan akan diberikan.
  • Sepuluh (10) pemenang akan dipilih bagi Minggu 1 hingga Minggu 6. Bagi Minggu 7, bilangan pemenang akan digandakan kepada dua puluh (20) pemenang. Oleh itu, jumlah keseluruhan pemenang Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan adalah lapan puluh (80) orang.
  • Pemenang Hadiah Mingguan akan dipilih daripada penyertaan yang berjaya melalui proses cabutan rawak berkomputer dan tertakluk kepada pengesahan oleh Penganjur. Pemenang boleh dihubungi melalui telefon dan/atau WhatsApp dan dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan betul untuk mengesahkan kelayakan.

Hadiah Mingguan

  1. Terdapat sejumlah lapan puluh (80) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.
  2. Setiap pemenang Hadiah Mingguan akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50.
  3. Sepuluh (10) pemenang akan dipilih bagi setiap minggu dari Minggu 1 hingga Minggu 6. Bagi Minggu 7, dua puluh (20) pemenang akan dipilih. Jumlah keseluruhan pemenang Hadiah Mingguan ialah lapan puluh (80) orang.
  4. Pemenang bertanggungjawab memastikan nombor telefon/akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi keperluan penebusan yang ditetapkan. Penganjur tidak bertanggungjawab atas kegagalan kredit akibat maklumat yang salah, akaun tidak aktif atau sekatan penyedia perkhidmatan.

Jadual Cabutan Mingguan

Pemilihan pemenang Hadiah Mingguan akan dijalankan berdasarkan tempoh berikut. Setiap pemenang Hadiah Mingguan akan menerima RM50 Touch ‘n Go eWallet:


MingguTempoh Resit & Penghantaran WhatsAppBilangan Pemenang
Minggu 115 Sep 2026 – 21 Sep 202610
Minggu 222 Sep 2026 – 28 Sep 202610
Minggu 329 Sep 2026 – 5 Oct 202610
Minggu 46 Oct 2026 – 12 Oct 202610
Minggu 513 Oct 2026 – 19 Oct 202610
Minggu 620 Oct 2026 – 26 Oct 202610
Minggu 727 Oct 2026 – 31 Oct 202620

Minggu 1 hingga Minggu 6 mempunyai sepuluh (10) pemenang bagi setiap minggu. Bagi Minggu 7, hadiah digandakan kepada dua puluh (20) pemenang. Jumlah keseluruhan pemenang Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan ialah lapan puluh (80) orang.

Pemilihan & Pengumuman Pemenang

  1. Keputusan Penganjur dalam pemilihan pemenang adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat atau pertikaian tidak akan dilayan.
  2. Penganjur berhak membatalkan kelayakan pemenang yang gagal dihubungi selepas tiga (3) percubaan dalam tempoh lima (5) hari bekerja atau gagal mengemukakan dokumen/bukti pembelian yang diminta.
  3. Pemenang hendaklah mengemukakan Resit Rasmi asal jika diminta. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penyertaan menang dibatalkan.
  4. Semua hadiah diberikan atas dasar “As Is”, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar atau ditebus dengan wang tunai, kredit, barangan atau hadiah lain, kecuali ditentukan sebaliknya oleh Penganjur.
  5. Penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif yang mempunyai nilai setara atau lebih tinggi sekiranya perlu.
  6. Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh notifikasi, atau dalam tempoh lain yang dimaklumkan oleh Penganjur, boleh dilucutkan.
  7. Sepanjang Tempoh Peraduan, setiap Peserta Layak hanya layak memenangi maksimum satu (1) Hadiah Mingguan bagi setiap minggu Peraduan. Peserta Layak yang telah memenangi Hadiah Mingguan pada sesuatu minggu masih layak menyertai dan memenangi Hadiah Mingguan pada minggu-minggu berikutnya, tertakluk kepada pematuhan Terma dan Syarat Peraduan. Setiap Peserta Layak hanya layak memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama atau Hadiah Kedua sepanjang Tempoh Peraduan, melainkan diputuskan sebaliknya oleh Penganjur.
  8. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur sebelum 31 October 2026, jam 11:59 malam. Penyertaan yang diterima selepas waktu yang ditetapkan akan dibatalkan dan tidak layak dipertimbangkan untuk hadiah.
  9. Semua penyertaan mesti dihantar kepada Penganjur melalui WhatsApp dalam Tempoh Peraduan. Pemenang Hadiah Mingguan akan diumumkan setiap minggu, manakala pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada akhir kempen melalui:
    (i)  Laman web Yeo’s www.yeos.com.my 
    (ii) Akaun Facebook Yeo’s Malaysia dan Instagram Yeo’s Malaysia
  10. Peserta bertanggungjawab ke atas sebarang kos tambahan yang perlu dibayar hasil daripada hadiah yang diberikan atau diterima (jika berkenaan).
  11. Sekiranya Peserta memilih untuk tidak menerima hadiah, hadiah tersebut akan dibatalkan dan akan diuruskan mengikut budi bicara mutlak Penganjur.
  12. Semua Hadiah diterima sepenuhnya atas risiko Peserta dan diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja tanpa sebarang jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat. Peserta dikehendaki menandatangani dokumen pelepasan dan indemniti dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur, jika diperlukan, untuk menerima hadiah.
  13. Peserta Layak dan/atau pemenang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada atau yang timbul daripada penyertaan mereka dalam Peraduan, penggunaan hadiah mereka dan/atau pengambilan hadiah mereka. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain dan/atau perbelanjaan berkaitan yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini dan/atau menebus hadiah adalah tanggungjawab sepenuhnya Peserta Layak dan pemenang.
  14. Penganjur berhak sepenuhnya untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang didapati mengganggu proses penyertaan atau operasi Peraduan atau bertindak melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat Peraduan.

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Penganjur, syarikat berkaitan dan bersekutunya, serta agensi dan syarikat yang terlibat dengan Peraduan menafikan liabiliti bagi kerugian, perbelanjaan, kerosakan, kecederaan atau tuntutan yang timbul daripada penyertaan dalam Peraduan atau penebusan/penggunaan hadiah, kecuali setakat liabiliti yang tidak boleh dikecualikan oleh undang-undang.
  2. Peserta dan pemenang menanggung sendiri semua kos pengangkutan, penginapan tambahan, perbelanjaan peribadi, cukai, fi dan kos lain berkaitan penyertaan atau penebusan hadiah yang tidak dinyatakan secara jelas sebagai sebahagian daripada hadiah.
  3. Penganjur tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang lewat, hilang, tidak lengkap, tidak boleh dibaca, tersalah hantar, kegagalan rangkaian, gangguan WhatsApp, kegagalan teknikal atau keadaan di luar kawalan munasabah Penganjur.

Hak Penganjur

  1. Semua penyertaan adalah hak milik Penganjur dan Peserta Layak tidak boleh menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut untuk sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Dengan menyertai Peraduan, setiap Peserta Layak bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan dan menggunakan nama dan/atau gambar Peserta Layak dan/atau pemenang sebagai bahan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa bayaran atau notis terlebih dahulu, serta bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan, Peserta Layak dan/atau pemenang mengetepikan semua hak berkaitan dengan imej yang telah dihantar untuk Peraduan. Peserta Layak tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau sebarang bentuk pampasan terhadap bahan tersebut.
  2. Dengan menyertai Peraduan, setiap Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami semua Terma dan Syarat Peraduan dan bersetuju sepenuhnya serta tanpa syarat untuk terikat dengannya (seperti yang dipinda atau diubah). Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini jika perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersial dan sebarang pindaan tersebut akan berkuat kuasa sebaik sahaja dipaparkan di laman web Peraduan. Sila semak Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan.
  3. Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu sekiranya Peraduan tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang, terganggu secara teknikal atau rosak, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus komputer, pepijat, gangguan, campur tangan tanpa kebenaran, penipuan, kegagalan teknikal atau sebarang sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun usaha terbaik telah dilakukan oleh Penganjur.
  4. Penganjur berhak membatalkan penyertaan yang disyaki palsu, diubah suai, diduplikasi, diperoleh secara tidak sah atau melanggar Terma dan Syarat ini.
  5. Sebarang terma dan syarat yang terpakai kepada Peraduan yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan adalah tidak berkuat kuasa setakat ketidaksahan, pembatalan, larangan atau ketidakbolehkuatkuasaan tersebut tanpa menjejaskan peruntukan lain yang masih berkuat kuasa.
  6. Terma dan Syarat ini ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”)

  1. Dengan menyertai peraduan ini, semua pemenang peraduan bersetuju dengan penggunaan data peribadi mereka oleh pihak Penganjur terhadap pengendalian peraduan dan bagi apa-apa proses atau publisiti peraduan dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa media.
  2. Semua pemenang mengakui penerimaan notis PDPA oleh Penganjur adalah seperti berikut:

    (NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010)
    Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “PDPA”), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial, adalah terpakai terhadap YEO HIAP SENG TRADING SDN BHD (selepas ini disebut sebagai “YHS”, “kami” atau “kita”) sebagai pengguna data. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” akan mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di dalam PDPA.

  3. Notis bertulis ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak YHS.
  4. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, pekerjaan, alamat e-mel, butiran akaun bank dan sebarang butiran-butiran lain anda, yang diberikan oleh anda dalam dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 4 Notis ini atau sebaliknya termasuklah sebarang butiran-butiran lain yang berkaitan dengannya.
  5. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuklah sebarang maklumat tambahan yang anda mungkin berikan kemudian, untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-Tujuan”):
    (a) mengendalikan Peraduan di atas;
    (b) mengumumkan atau menghebahkan peraduan tersebut atau pemenang peraduan tersebut; atau bagi tujuan-tujuan lain yang mungkin berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
  6. Data peribadi anda yang diproses oleh kami merangkumi segala maklumat yang terkandung di dalam dokumentasi yang anda berikan kepada kami, semua borang permohonan/pendaftaran yang diminta anda lengkapkan, serta maklumat-maklumat lain tentang diri anda yang kami perolehi dari komunikasi lisan atau bertulis antara kita.
  7. Anda boleh mengakses dan memohon untuk mengemaskini atau membuat pembetulan data peribadi anda serta menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut:

    Marketing Manager
    Phone Number:  +6011-2187 9576
    Email: admin@mybroncomedia.com

  8. Selaras dengan PDPA, kami berhak untuk tidak mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau untuk membuat pembetulan ke atas data peribadi anda dan sekiranya kami enggan mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda tentang keengganan kami berserta alasan-alasan terhadap keengganan kami.
  9. Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada anak-anak syarikat atau syarikat-syarikat berkaitan di bawah YHS (“YHS Group”) dan semua jabatan dan/atau agensi kerajaan dan/atau kuasi-kerajaan, badan-badan penguatkuasa dan/atau berkanun jika diminta oleh mereka, juru audit kami, bank-bank kami, rakan-rakan perniagaan dan/atau pembekal-pembekal perkhidmatan dan sebarang pihak ketiga yang lain yang mana anda telah minta atau memberikan kuasa kepada kami untuk menzahirkan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas atau sebarang tujuan-tujuan yang mana data peribadi anda telah dizahirkan pada masa pengumpulannya atau untuk tujuan lain yang mempunyai hubungan secara langsung dengan mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas.
  10. Data peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
  11. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
  12. Jika anda gagal untuk memberikan kepada kami data peribadi yang dinyatakan di atas, kami mungkin tidak boleh memproses data peribadi anda untuk sebarang Tujuan-Tujuan dan dalam perkara berkaitan dengan permohonan anda dengan kami, kami mungkin tidak dapat untuk mempertimbangkan permohonan anda.
  13. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.
  14. Tanpa rujukan lanjut kepada anda, YHS atau Penganjur boleh melantik servis agensi pihak ketiga sebagai ejen sah bagi YHS atau Penganjur untuk mengumpul dan memproses kesemua data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan Kempen tersebut. YHS atau Penganjur akan mengambil semua langkah-langkah waspada yang munasabah untuk melindungi kesemua data peribadi yang dikumpul daripada Peserta dan akan memastikan bahawa ejen sah atau pengendali pihak ketiga yang mengumpul data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan Kempen tersebut untuk disimpan dalam keadaan yang selamat.
  15. Kesemua data peribadi anda yang dikumpul untuk Tujuan-Tujuan Kempen tersebut akan disimpan untuk satu tempoh selama satu (1) tahun dari tarikh akhir penyertaan Kempen tersebut (“Tempoh” tersebut) kecuali terdapat keperluan dari segi peruntukkan undang-undang lain. Selepas tamat Tempoh data peribadi anda yang ditujukan untuk disimpan, kesemua data peribadi anda yang dikumpul untuk Tujuan-Tujuan Kempen tersebut kemudiannya akan dimusnahkan dan/atau dilupuskan berdasarkan akta PDPA tersebut.

Organiser & Eligibility

  1. Yeo’s “Magik Teh & Kamu” Contest (“Contest”) is organised by Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Organiser”) (Company No.: 195901000058 (3405-X)).
  2. The Contest is open to all Malaysians residing in Malaysia only. Contestants below the age of 18 must first obtain consent from their legal guardian (“Eligible Contestant”).
  3. The following persons are not eligible to participate in the Contest:
  • Employees of the Organiser (including its affiliates and/or related companies) and their immediate family members (children, parents, siblings, including spouses); and/or
  • Representatives, employees, personnel and/or agents of the Organiser’s advertising agencies and/or promotional service providers (including their affiliates and/or related companies), and their immediate family members (children, parents, siblings, including spouses).

Contest Period

The Contest starts on 15 September 2026 at 12.00 a.m. and ends on 31 October 2026 at 11.59 p.m. (“Contest Period”). The Organiser reserves the right, at its sole and absolute discretion, to amend the Contest Period at any time without prior notice. Entries received outside the Contest Period will automatically be disqualified.

Unless otherwise stated by the Organiser, all participation in the Contest is subject to these Terms and Conditions, which shall remain in full force and effect.

How to Participate

To participate, Eligible Contestants must comply with each of the following steps:

Step 1:

Purchase any Yeo’s Tea beverage (White Peach Tea, Jasmine Green Tea, Passion Fruit Tea, Lemon Tea or First Harvest Green Tea),  in any size, with a total purchase value of RM10 or more in one (1) Official Receipt during the Contest Period.
(1 receipt = 1 entry)

Step 2:
Submit the entry via WhatsApp to +6011-2187 9576 with your full name, first six (6) digits of your NRIC number, photo of the receipt and receipt number.

  • One (1) valid receipt may only be used for one (1) entry and cannot be resubmitted.
  • The Official Receipt must clearly display the outlet name, purchase date, receipt number, Yeo’s Tea product purchased, quantity and price. The purchase date must fall within the Contest Period.
  • The receipt image must be clear and legible. Blurred, cropped, altered, incomplete or unverifiable images may be disqualified.
  • Contestants must retain the original receipt for verification and prize redemption purposes.
  • Purchases split across multiple receipts cannot be combined to meet the minimum RM10 purchase value.
  • The date on the Official Receipt and the date the entry is submitted via WhatsApp must fall within the same Contest Week for the entry to qualify for that week’s Weekly Prize draw. A receipt from an earlier week cannot be submitted in a subsequent week to participate in the current week’s Weekly Prize draw. For example, a receipt dated in Week One (1) must be submitted during Week One (1). If submitted during Week Two (2), the entry will not qualify for the current Weekly Prize draw.
  • Eligible Contestants will receive a response/notification from the Organiser via WhatsApp within one (1) to three (3) working days for each successful entry. The response is subject to review and verification of the information and Official Receipt submitted.
  • Please retain the original Official Receipt for verification purposes.

Pemilihan Pemenang Hadiah Utama & Hadiah Kedua

At the end of the Contest Period, all successful entries will be entered into a computerised random draw, subject to verification by the Organiser.

Eight (8) Grand Prize winners and eight (8) Second Prize winners will be selected. Selected winners will be contacted by phone and/or WhatsApp and will be required to answer one (1) question correctly to confirm their eligibility. If a selected winner fails to satisfy the verification requirements, the Organiser reserves the right to disqualify that winner and select a replacement winner.


Grand Prize

  1. There are eight (8) Grand Prizes. Each Grand Prize winner will receive a two (2) days one (1) night stay for one (1) standard room at The Lakehouse, Cameron Highlands. Booking and accommodation are subject to room availability, blackout dates, hotel policies and any additional terms communicated by the Organiser.
  2. The prize provided is for accommodation only. All transportation costs, including airfare, ground transportation, transfers, meals, personal expenses, additional hotel charges and any other travel or prize redemption-related costs are not covered by the Organiser and shall be borne entirely by the winner, regardless of the winner’s location in Malaysia.
  3. If a winner is based in East Malaysia (Sabah, Sarawak or Labuan), the Organiser reserves the right, at its sole and absolute discretion, to substitute the Cameron Highlands accommodation prize with hotel accommodation in East Malaysia equivalent value to the original prize, subject to availability and any terms determined by the Organiser.

Second Prize

  1. There are eight (8) Second Prizes. Each Second Prize winner will receive a two (2) days one (1) night stay for one (1) standard room at Cameron Highlands Resort. Booking and accommodation are subject to room availability, blackout dates, hotel policies and any additional terms communicated by the Organiser.
  2. The prize provided is for accommodation only. All transportation costs, including airfare, ground transportation, transfers, meals, personal expenses, additional hotel charges and any other travel or prize redemption-related costs are not covered by the Organiser and shall be borne entirely by the winner, regardless of the winner’s location in Malaysia.
  3. If a winner is based in East Malaysia (Sabah, Sarawak or Labuan), the Organiser reserves the right, at its sole and absolute discretion, to substitute the Cameron Highlands accommodation prize with hotel accommodation in East Malaysia of equivalent value to the original prize, subject to availability and any terms determined by the Organiser.

Weekly Prize Winner Selection

  • Throughout the Contest Period, a total of eighty (80) Weekly Prizes will be awarded.
  • Ten (10) winners will be selected for each of Week 1 to Week 6. For Week 7, the number of winners will be doubled to twenty (20) winners. Accordingly, the total number of Weekly Prize winners throughout the Contest Period is eighty (80).
  • Weekly Prize winners will be selected from valid entries through a computerised random draw and subject to verification by the Organiser. Winners may be contacted by phone and/or WhatsApp and will be required to answer one (1) question correctly to confirm their eligibility.

Weekly Prize

  1. There are a total of eighty (80) Weekly Prizes throughout the Contest Period.
  2. Each Weekly Prize winner will receive RM50 Touch ‘n Go eWallet credit.
  3. Ten (10) winners will be selected each week from Week 1 to Week 6. For Week 7, twenty (20) winners will be selected. The total number of Weekly Prize winners is eighty (80).
  4. Winners are responsible for ensuring that the telephone number/account details provided are accurate and meet the applicable redemption requirements. The Organiser shall not be responsible for any failed crediting caused by incorrect information, inactive accounts or service provider restrictions.

Weekly Draw Schedule

Weekly Prize winners will be selected according to the periods below. Each Weekly Prize winner will receive RM50 Touch ‘n Go eWallet credit:

WeekReceipt & WhatsApp Submission PeriodNumber of Winners
Week 115 Sep 2026 – 21 Sep 202610
Week 222 Sep 2026 – 28 Sep 202610
Week 329 Sep 2026 – 5 Oct 202610
Week 46 Oct 2026 – 12 Oct 202610
Week 513 Oct 2026 – 19 Oct 202610
Week 620 Oct 2026 – 26 Oct 202610
Week 727 Oct 2026 – 31 Oct 202620

Week 1 to Week 6 will have ten (10) winners per week. For Week 7, the Weekly Prize allocation is doubled to twenty (20) winners. The total number of Weekly Prize winners throughout the Contest Period is eighty (80).

Winner Selection & Announcement

  1. The Organiser’s decision in the selection of winners is final, conclusive and binding. No correspondence or dispute will be entertained.
  2. The Organiser reserves the right to disqualify any winner who cannot be contacted after three (3) attempts within five (5) working days or who fails to provide the requested documents/proof of purchase.
  3. Winners must provide the original Official Receipt if requested. Failure to do so may result in the winning entry being disqualified.
  4. All prizes are awarded on an “As Is” basis, are non-transferable and cannot be exchanged or redeemed for cash, credit, other goods or prizes, unless otherwise determined by the Organiser.
  5. The Organiser reserves the right to substitute any prize with an alternative prize of equal or higher value if necessary.
  6. Prizes not claimed within thirty (30) days from the date of notification, or within any other period communicated by the Organiser, may be forfeited.
  7. Throughout the Contest Period, each Eligible Contestant is eligible to win a maximum of one (1) Weekly Prize per Contest Week. An Eligible Contestant who has won a Weekly Prize in a particular week remains eligible to participate and win a Weekly Prize in subsequent weeks, subject to compliance with these Terms and Conditions. Each Eligible Contestant is only eligible to win a maximum of one (1) Grand Prize or Second Prize throughout the Contest Period, unless otherwise determined by the Organiser.
  8. All entries must be received by the Organiser before 31 October 2026, 11:59 p.m. Entries received after the stipulated time will be disqualified and will not be eligible for prize consideration.
  9. All entries must be submitted to the Organiser via WhatsApp within the Contest Period. Weekly Prize winners will be announced weekly, while Grand Prize winners will be announced at the end of the campaign via:
    (i) Yeo’s website www.yeos.com.my
    (ii) Yeo’s Malaysia Facebook account and Yeo’s Malaysia Instagram account
  10. Contestants are responsible for any additional costs payable as a result of a prize being awarded or received (if applicable).
  11. If a Contestant chooses not to accept a prize, the prize will be forfeited and dealt with at the Organiser’s sole and absolute discretion.
  12. All prizes are accepted entirely at the Contestant’s own risk and are awarded by the Organiser and/or sponsors without any warranty, whether express or implied. The Contestant may be required to execute a release and indemnity document in a form prescribed by the Organiser, if required, in order to receive the prize.
  13. Eligible Contestants and/or winners are fully responsible for any injury, damage or claim resulting from or arising out of their participation in the Contest, use of their prize and/or collection of their prize. All transportation, accommodation, personal costs and/or any other costs and/or related expenses incurred to participate in the Contest and/or redeem the prize shall be solely borne by the Eligible Contestants and winners.
  14. The Organiser reserves the absolute right to disqualify any person found to be tampering with the entry process or operation of the Contest, or acting in breach or potential breach of these Terms and Conditions.

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. The Organiser, its related and associated companies, and the agencies and companies involved in the Contest disclaim liability for any loss, expense, damage, injury or claim arising from participation in the Contest or redemption/use of the prize, except to the extent that such liability cannot be excluded by law.
  2. Contestants and winners shall bear all transportation, additional accommodation, personal expenses, taxes, fees and other costs relating to participation or prize redemption that are not expressly stated as part of the prize.
  3. The Organiser shall not be responsible for late, lost, incomplete, illegible or misdirected entries, network failures, WhatsApp disruptions, technical failures or circumstances beyond the Organiser’s reasonable control.

Rights of the Organiser

  1. All entries shall be the property of the Organiser and Eligible Contestants shall not claim, use or exploit the entries for any purpose by any means at any time. By participating in the Contest, each Eligible Contestant agrees that the Organiser may publish and use the names and/or photographs of Eligible Contestants and/or winners for advertising and/or publicity purposes without payment or prior notice. Eligible Contestants and/or winners waive all rights associated with images submitted for the Contest and shall not be entitled to claim ownership or any form of compensation in respect of such materials.
  2. By participating in the Contest, each Eligible Contestant is deemed to have read and understood all the Terms and Conditions of the Contest and fully and unconditionally agrees to be bound by them (as amended or varied). The Organiser reserves the right to amend these Terms and Conditions where necessary for legal, technical or commercial reasons, and any such amendment shall take effect upon being posted on the Contest website. Please review these Terms and Conditions from time to time for any changes.
  3. The Organiser reserves the right to modify, suspend or cancel the Contest at any time without prior notice if the Contest cannot be conducted as planned, is technically interfered with or corrupted, including but not limited to computer virus infection, bugs, tampering, unauthorised intervention, fraud, technical failures or any other causes beyond the Organiser’s control, despite the Organiser’s best efforts.
  4. The Organiser reserves the right to disqualify entries suspected to be fraudulent, altered, duplicated, unlawfully obtained or in breach of these Terms and Conditions.
  5. Any term or condition applicable to the Contest that is illegal, prohibited or unenforceable under any law or regulation shall be ineffective to the extent of such illegality, voidness, prohibition or unenforceability without invalidating the remaining provisions.
  6. These Terms and Conditions are governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia. In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version, the English version shall prevail to the extent of such inconsistency.

Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”)

  1. By entering into the Contest all winners of the contest consent to the use of their personal data by the organiser for the running of the contest and for any events or publicity of the contest in any form or through any media.
  2. All winners acknowledge receipt of the PDPA Notice by the organiser as follows:

    NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
    The Personal Data Protection Act 2010 (hereinafter referred to as the “PDPA”), which regulates the processing of personal data in commercial transactions, applies to the YEO HIAP SENG TRADING SDN BHD (hereinafter referred to as “YHS”, “our”, “us” or “we”) as a data user. For the purposes of this written notice, the terms “personal data” and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the PDPA.

  3. This written notice (“Notice”) is issued by us and serves to inform you that your personal data is being processed by or on behalf of YHS.
  4. The personal data processed by us may include your name, national registration identity card number (NRIC no.), contact number, address, occupation, email address, bank account details and any other details that you have provided or may provide us with in the documents as prescribed in paragraph 4 of this Notice or otherwise as well as all other details relating thereto.
  5. We are processing your personal data, including any additional information you may subsequently provide, for the following purposes (“Purposes”):
    (a) Running the above Contest;
    (b) Announcing or publicizing the contest and/or winners of the contest or such other purposes as may be related to the foregoing.
  6. Your personal data is and will be collected from you and/or from the information you have provided in the documentation that you have provided to us, all application/registration forms that you have been asked to complete, together with any other information that we may obtain about you from oral or written communications.
  7. You may access and request for the correction of your personal data and to contact us with any enquiries or complaints in respect of your personal data as follows:

    Marketing Manager
    Phone Number:  +6011-2187 9576
    Email: admin@mybroncomedia.com

  8. In accordance with the PDPA, we may refuse to comply with your request for access or correction to your personal data and if we refuse to comply with such request, we will inform you of our refusal and reason for our refusal.
  9. Your personal data may be disclosed to the subsidiaries or related companies of YHS (“YHS Group”) and any governmental and/or quasi-governmental departments and/or agencies, regulatory and/or statutory bodies if requested by them, our auditors, our banks, business partners and/or service providers and any other third party that you have requested or authorized us to disclose your personal data to for the above purposes or for any other purposes for which your personal data was to be disclosed at the time of its collection or any other purposes directly related to any of the above purposes.
  10. Your personal data may be transferred to a place outside Malaysia.
  11. You are responsible for ensuring that the personal data you provide us is accurate, complete and not misleading and that such personal data is kept up to date.
  12. If you fail to supply to us the abovementioned personal data, we may not be able to process your personal data for any of the Purposes and in the case of an application with us; we will not be able to consider your application.
  13. In the event of any inconsistencies between the English version and the Bahasa Malaysia version of this notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.
  14. Without further reference to you, YHS or the Organiser may appoint the service of a third-party agency as YHS or the Organiser’s authorized agent to collect and process all your personal data for the Purposes of the Contest. YHS or the Organiser will take all reasonable precautions to safeguard all personal data collected from the participants and will requires the authorized agent or third-party processors collecting your personal data for the Purposes of the Contest to be stored in a secured manner.
  15. All your personal data collected for the Purposes of the Contest shall be stored for a duration of one (1) year from the closing date of the Contest period (the “Duration”) unless there are requirements by other legal provisions. Upon expiry of the Duration your personal data intended to be stored, all your personal data collected for the Purposes of the Contest shall then be destroyed and/or disposed of in accordance with the PDPA.
Copyright © 2026 Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn Bhd (Co. No. 195901000058 (3405-x). All Rights Reserved.